R'FY 2: Ayam Goreng Kunyit Extra
RESEPI AYAM GORENG KUNYIT EXTRA Hai guys! Entry kalini sis akan share cara-cara untuk masak ayam goreng kunyit extra. Ha apa yang extra tu? Jom kita tengok gambar di bawah. Ini resepi khas dari sis sendiri tau π Yang tengok blog sis je akan tahu macam mana rasa dia π Selalunya kan ayam goreng kunyit ni goreng dengan kunyit je lah kan tapi sis try upgrade sikit rasa dia. Tanpa melengahkan masa lagi jom sis share bahan-bahan dan cara masak ayam ni. Bahan-bahan: • 1/2 ayam atau gunakan bahagian dada sahaja • Serbuk kunyit • Garam • Gula • Penambah perasa (Knorr/Ajinomoto/ll) • 1/4 limau nipis • 2 sdb Sos pencicah thai (brand ayam) • Kacang panjang • Tomato • 1 biji bawang besar • 2 biji bawang merah • 2 Cili padi / Cili merah Cara memasak: 1. Bersihkan ayam terlebih dahulu. kemudian lumurkan ayam dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. 2. Potong sayur-sayuran seperti bawang merah, cili, bawang besar, kacang panjang, tomato dan limau nipis. 3. Kemudian, goreng ayam yang telah dilumu...