R'FY 2: Ayam Goreng Kunyit Extra
RESEPI AYAM GORENG KUNYIT EXTRA

Ini resepi khas dari sis sendiri tau 😗 Yang tengok blog sis je akan tahu macam mana rasa dia 😍
Hai guys! Entry kalini sis akan share cara-cara untuk masak ayam goreng kunyit extra. Ha apa yang extra tu? Jom kita tengok gambar di bawah.
Ini resepi khas dari sis sendiri tau 😗 Yang tengok blog sis je akan tahu macam mana rasa dia 😍
Selalunya kan ayam goreng kunyit ni goreng dengan kunyit je lah kan tapi sis try upgrade sikit rasa dia. Tanpa melengahkan masa lagi jom sis share bahan-bahan dan cara masak ayam ni.
Bahan-bahan:
• 1/2 ayam atau gunakan bahagian dada sahaja
• Serbuk kunyit
• Garam
• Gula
• Penambah perasa (Knorr/Ajinomoto/ll)
• 1/4 limau nipis
• 2 sdb Sos pencicah thai (brand ayam)
• Kacang panjang
• Tomato
• 1 biji bawang besar
• 2 biji bawang merah
• 2 Cili padi / Cili merah
Cara memasak:
1. Bersihkan ayam terlebih dahulu. kemudian lumurkan ayam dengan serbuk kunyit dan sedikit garam.
2. Potong sayur-sayuran seperti bawang merah, cili, bawang besar, kacang panjang, tomato dan limau nipis.
3. Kemudian, goreng ayam yang telah dilumur serbuk kunyit terlebih dahulu. Bila dah masak, toskan minyak. *Jangan terlampau garing.
4. Tumiskan bawang merah, apabila sudah kekuningan masukkan pula kacang panjang, bawang besar, cili, tomato
5. Masukkan garam, gula, penambah perasa kedalam masakan.
6. Perahkan 1/4 limau nipis yang telah dihiris.
7. Kemudian, masukkan roll paling penting iaitu sos pencicah Thai.
8. Apabila sayur hampir masak masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaulkan sampai rata.
9. Siap! Boleh dihidang dan dimakan bersama nasi panas.
SELAMAT MENCUBA MOONZONERS!
Comments
Post a Comment