BUAT KAMU YANG ADA DI HATI AKU
BUAT KAMU YANG AKU CINTAI, HARINI ESOK DAN SETERUSNYA SAMPAI AKHIR NAFASKU π
Aku disini tertanya-tanya, waktu kamu kecil kamu telan ubat apa? Kerana kamu itu manis sangat, seperti gula gula awan yang aku selalu makan waktu aku kecil dulu. Yah, manis sangat. Seperti kaki mahu dipotong. Tapi pelik bukan, mereka semua mengatakan kita yang manis sangat sampai kaki kena potong. Aku rasa ini semua salah kamu. Kerana apa? Kamu makan gula sampai tertumpah π
Benar, hujung dunia itu memang jauh sekali sama juga dengan kita. Walaupun jauh mana kita berada, kamu akan selalu akan ada dihati aku. Bayanganmu akan selalu menemani diriku disini. Aku disini tak akan pernah berpaling darimu, itu bukan sekadar janji tapi itu kenyataan. Tidak ada orang yang suka ganggu mimpi aku kecuali kamu yang aku sayangπ♥️
Apabila kaki ini melangkah, jauh dari rumah yang menjadi pelindung diriku selain kamu, aku merasakan kosong. Tempat seindah apapun di dunia ini, kalau tak ada kamu di sisi aku, itu tiada ertinya. Yang paling bererti itu kamu. Bukan harini baru ku sedar bahkan sudah lama, sejak kita mula mengenali antara satu sama lain.
Kamu mahu tahu sesuatu? Harini waktu aku bangun dari mimpi indahku, aku tersenyum. Bukan kerana mimpi yang bukan-bukan, tapi aku mimpi kamu yang aku cinta. Apabila tersedar, aku sedar bahawa senyuman ini terukir kerana adanya kamu. Jauh itu tak bermakna tak dekat. Mungkin bagi semua orang, jauh itu tidak bisa dipercaya, namun bukan bagi aku. Kamu itu sesuatu yang indah tercipta untukku, jadi mereka itu salah kerana aku percaya bahawa kamu itu memang buat aku dan mereka sama sekali tidak tahu bagaimana ertinya dicintai oleh kamu.
Tidak ada sesuatu yang romantik di dunia ini kalau kamu tidak terlahir. Kamu terlahir membawa cinta yang sangat romantik dan saat yang indah buat aku. Di mana saat itu hanya aku yang merasai bukan orang lain yang bisa menidakkan cinta itu bukan hebat mana pun. Padahal mereka semua lupa, yang bercinta itu kita dan bukannya mereka. Kalau aku bisa mengatakan mereka itu buta maka mereka akan tempiaskan ayat mereka untukku dan cakap yang buta itu aku. Kerana apa? Kerana aku hanya mampu lihat kamu dan bukannya orang lain. Cinta itu tak buta kan? Tapi cinta yang membuatkan manusia itu buta.
Aku disini tertanya-tanya, waktu kamu kecil kamu telan ubat apa? Kerana kamu itu manis sangat, seperti gula gula awan yang aku selalu makan waktu aku kecil dulu. Yah, manis sangat. Seperti kaki mahu dipotong. Tapi pelik bukan, mereka semua mengatakan kita yang manis sangat sampai kaki kena potong. Aku rasa ini semua salah kamu. Kerana apa? Kamu makan gula sampai tertumpah π
Tidak ada kata yang sangat hebat selain mengatakan I LOVE YOU. Apa kamu punya idea lain yang mengatakan benda hebat itu benda lain? Oh! Aku tahu... Jika kamu yang cakap I LOVE YOU itu sudah sangat padat dan hebat untuk hidup aku. Perkataan I LOVE YOU memang senang diungkapkan, tapi tidak ramai yang tahu maksud sebenarnya. Cinta itu gila ya! Aku kadang hairan, kenapa hanya kamu yang boleh bagi aku perasaan itu. Tapi aku suka sangat rasa itu. Rasa yang tidak boleh dirasa oleh mana mana manusia selain aku. Hanya aku dan kamu yang boleh merasainya.
Terima kasih kerana sudah ada dalam hidup aku untuk semalam, harini, esok dan juga seterusnya. Hidup aku itu gelap tanpa cahaya cintamu. Aku sayang kamu!
-Moon
Comments
Post a Comment