Depression Kali Kedua π
Bagaimana boleh mengalami "Depression"?
Ramai diantara kawan-kawan saya yang tidak mengetahui akan hal ini kerana saya bukan lah seorang yang jenis bagitahu semua benda. Terkadang saya sorokkan apa yang saya rasa lebih-lebih lagi kalau kesakitan atau ingin meminta bantuan. Yang tahu tu tahu la saya macam mana. Mungkin juga dengan adanya blog ini saya boleh menceritakan serba sedikit kenapa dan mengapa.
Hidup saya dulu dan sekarang memang sangat-sangat berbeza. Hal ini terjadi selepas kematian arwah Tok Ayah yang amat saya sayangi.
Sejak kecil saya tinggal dan dijaga rapi oleh nenek dan datuk kerana arwah Mama saya meninggal selepas melahirkan saya akibat penyakit kronik yang ditanggungnyaπ Ye, betul. Ada rasa sedih dalam diri waktu sekolah rendah jika ditanya oleh kawan atau cikgu memang pipi ini selalu ditemani oleh airmata. Asal cikgu tanya "Awak masih ada Ibu?" dan saya terus nangis. Yang tidak mempunyai ibu semestinya mereka akan merasai apa yang saya rasa selama ini. Paling sedih bila tiba hari Ibu. But, sekarang ni alhamdulillah. Dah besau gamaknya boleh la telan macam telan ubat☺️ Life must go on rite?
Okey, back to our topic kita tadi betul ini adalah kali kedua saya mengalami depression atau jika diterbalikkan bahasa "DEPRESI" haahhah faham faham la sendiri. Malas la nak bagitahu. penat nak taip π So nak dijadikan cerita, jap nak pendek ke panjang? Kalau buat Vlog korang macam boring kalau panjang sangat, kalau taip pepanjang korang malas baca pulak. Takpelah saya cerita untuk yang nak tahu je lah. Haish bila aku nak start cerita ni kan muqaddimah panjang lebar dah nak sampai 4para dah ni aduhhπ Munirah munirah.
Okey, lepas je saya habis Diploma saya just stay je kat rumah sebab nak sambung Degree rasa susah hati pulak nenek sorang-sorang kat rumah. So, takpelah kan kita berkorban untuk orang yang kita sayang. Kerja je la sambil jaga nenek. Orang cakap jaga orang tua ni murah rezeki, mana tahu kita berkorban sekarang ada rezeki yang lebih besar untuk kita. Mungkin kita tak smbung belajar sekarang, tapi kita tak tahu esok atau minggu depan ada rezeki untuk sambung kan. Ilmu tu kan tanpa sempadan, belajar tu kan sampai ke liang lahad. Saya habis exam time tu dah bulan Jan 2019 and balik rumah rest sambil cari kerja, emm penat jugak cari kerja ni ke hulu ke hilir sebab dekat Kelantan susah sikit kalau nak kerja office. Saya okey je kerja apa apa tapi disebabkan dekat rumah nenek takde transport sendiri so terpaksa naik public transport. Saya naik bas je untuk ke mana mana. Last bas jam 8 malam. Kalau kerja shift, susah sikit lah nak balik.
Sebelum cari kerja tu, risau jugak sebab saya ni bukannya ada sijil yang banyak just cukup cukup makan je. Tapi takpe lah kita cuba. Kalau kita tak cuba mana kita nak tahu kan. So cari punya cari alhamdulillah, lepas birthday saya 13/8 saya dapat interview dekat satu company ni (sulit) walaupun bukan position yang diminta tapi orang cakap rezeki kan. Alhamdulillah syukur. Kurang dalam masa seminggu saya dapat kerja dekat situ. Tapi... selepas seminggu saya berkerja di situ, tiba-tiba nenek saya kena strok. Agak tak keruan jugak la cuba bayangkan jaga nenek yang tak berapa sihat fizikalnya sekali dapat tahu kena strok pulak lagi-lagi tengah kerja. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa bebannya saya masa itu. Jam 5 pagi bangun kena siapkan nenek, siapkan makan minum, jam 7 berangkat kerja. Balik kerja jam 7 malam sampai rumah kena uruskan nenek lagi, penat jugak badan ni seminggu tu asyik ulang benda sama je tak campur lagi masalah dekat tempat kerja (sulit) Tak mengapa lah, first experience lah katakan. Sebab saya ni tak pernah kerja memana sebelum ni, arwah TokAyah tak bagi kerja. Bila kena kerja tu agak janggal la rasa dia.
Selepas 1 bulan, pergi check up dengan doktor and dapat tahu pulak yang tulang belakang saya tak sama macam orang lain. Sebelum ni dekat kolej pernah jatuh toilet, agak teruk sebab masa Xray doktor HKL bagitahu tulang tak stabil. Tapi lepas je keluar Hospital macam malas nak ambik tahu sebab nak focus belajar. Masa dalam kelas, rasa je lenguh belakang, sakit, berdenyut, tapi diri ini menganggap benda tu remeh so taknak amik port sangat. Sampai satu saat bila dah kerja, tak tahan. Tu yang check up. Doktor bagitahu kena Fisio. Hati memang gini lah beb π tak payah cakap. Sampai sini cerita kita, anda rasa terbeban tak? Saya tahu memang berat, tapi berat lagi apa yang saya rasa. Selepas 5 bulan saya kerja dekat situ, I do take some decision for resigning there. This is just because I want to cure myself and focus to taking care of my granny.
My granny adalah orang Thailand, eh jangan suruh saya pulak cakap Thailand. Saya anak jati Malaysia okeyy. Haa, so saya terpaksa ikut my granny ni sebab dia nak berubat and tinggal dekat kampung halaman sendiri. Nak taknak kena ikutlah, kalau tak ikut siapa yang nak jaga kan. Sedara yang lain memang ada cuma kesianla. Mereka pun ada life masing masing. Saya korbankan hati, perasaan, jiwa, kerja, masa single dengan hanya jaga seorang nenek yang sedang sakit akibat strok. Depression tahap pertama bermula apabila saya merasakan ada pihak yang tidak peduli akan perasaan saya, bagaimana tentang masa depan saya nanti. Siapa je yang tak terasa hati bila kita dah susah payah, sampai sanggup korbankan semua benda. Sakit tu hanya Allah je yang tahu. Tapi depression yang pertama tu sedikit teruk sebab hari hari saya menangis, susah nak tidur, asal tidur je nangis, nangis je tidur. Capekk deh! Hahahah. Ambil masa 2 minggu jugak la untuk pulih, time tu just perlu sokongan orang yang terdekat dan rapat sahaja. Mana taknya, duduk termenung sorang-sorang then terdengar suara memanggil nama sendiri macam "menarik" kita untuk buat sesuatu. Time tu terfikir jugak "aku ni dah gila ke" sebab dengar suara yang macam suruh masuk ke hutan la pastu bila duduk dekat jendela, macam ada orang perhati la. Ye time tu memang aku sendiri pun takut. Bukan korang yang baca ni je. Aku yang mengalami aku pun takut, sebab aku ni pun penakot bukan berani sangat. Sampai satu tahap rasa diri ini tak berguna lagi. Yela, sebab tak kerja, takde income. Kawan kawan yang lain semua dah kerja, ada gaji yang bagus sedangkan diri ini? Nothing.
Dalam masa seminggu tu try dekatkan diri dengan Allah SWT, alhamdulillah dalam masa 2 minggu tu pulih macam biasa, boleh buat fake smile again and again. LOL! Its myself yaww.
Depression kedua adalah yang sekarang ni dimana saya susah nak tidur, selalu termenung, jauh terbawa lukisan hatimu, hilang mencari dimana kau pergi. Haa gitteww! Harapan macam tinggal harapan je. Rasa macam diri ini takde apa apa and rasa macam takde masa depan. Sakit weh sakit! aku tak tipu. Rasa dia sangat sakit. Tapi cuba untuk tenangkan diri. Masih mengingati yang Maha Esa.
Sekarang pun cuba untuk pulihkan semangat sendiri, nak hidupkan semangat sendiri.
Kepada sesiapa yang sudi baca, thank you for lending you EYES ♥️ Agak berat juga, tapi saya anggap semua ini takdir dan semoga saya redha akan takdir ini. In sha Allah, kita semua kuat untuk hadapi dugaan dan ujian dari Yang Maha Kuasa. Allah uji sebab Allah sayang dan Allah takkan uji hambanya yang tak mampu. Allah tahu kita mampu tempuhi. The right choice is ONLY belongs to Him. This is just for sharing. Semoga awak semua sabar dan kuat untuk tempuhi dugaan kerana dugaan dalam hidup sesesorang itu lain lain. Tak sama. Keep it up! Dongibabπͺπ»
Keep strong n believe Allah will always protect us n never give us test if we can’t survive it
ReplyDelete