DEPRESSION (Part 2) - HAMPIR LEMAS
Ye, betul. Masa saya mengalami depression yang kali kedua pada hari yang pertama, saya merasakan sesuatu dalam fikiran saya termasuk perasaan saya. Ada sesuatu yang berbisik di telinga saya dan mengatakan:
"Munirah, kau tak ada apa-apa yang boleh dibanggakan, semua orang senang nak jatuhkan kau".
Saya terus menutup telinga and memandang sekeliling. Saya tak tahu dari mana suara itu datang, dan perasaan menjadi sedih yang amat sangat secara tiba-tiba. Saya tahu "benda" itu datang lagi disebabkan jiwa dan badan saya terlalu penat. Jiwa penat rasa sakit mengenangkan benda yang dah terjadi tempoh hari(sulit) dan badan penat kerana menjaga seorang nenek yang sedang sakit sehingga tidak ada masa untuk diri sendiri.
Saya menangis, saya meracau pada malam itu. Disebabkan saya tak nak semua orang merasakan kehilangan saya, jadi saya mengambil keputusan untuk inform dekat MedSos bahawa saya akan berundur sehingga saya kembali lagi.
Jika saya ceritakan benda ini kepada sahabat semua saya risau, saya takut. Sebab apa yang saya rasakan ini adalah realiti. Saya takut dimana mereka akan memberikan sesuatu yang negative. Sebagai contoh:
"Alah, tu perasaan kau je lah mun!"
"Tak yah amik port sangat lah steady sudah"
"Sabar, ni semua dugaan"
Itulah. Sebab saya tak nak bagitahu adalah sebab saya dah tahu skrip tu dan masa tu tengah sakit yang di mana orang lain tak kan dapat rasa apa yang saya rasa, jadi saya pilih untuk diamkan diri. Hanya yang pernah mengalami depression sahaja tahu apa yang saya alami.
Mesti tertanya-tanya kan? Tak contact BF ke? Yes , I do. Itupun bagitahu yang saya stress nanti bila dah elok sikit baru akan cari dia balik.Almost 3 days baru saya try chat dia, and cakap yang saya tertekan, saya tak boleh nak control diri saya. Saya risau saya akan sakitkan hati kalau terus contact. So he gave me some space and time.
Hari demi hari berlalu, saya kurang makan, kurang bercakap dengan orang, kurang tidur sebab overthinking, selalu menyendiri, and termenung. Tak ada siapa pun yang tahu dan rasa apa yang saya rasa.
But, bersyukur sangat sangat saya tak nampak kelibat apa pun masa depression yang kedua ni hanya "suara" sahaja yang bermain di minda.
Tapi.. macam mana saya hampir lemas?
Bila seseorang sedih yang amat sangat, semestinya dia akan mengalami kemurungan. Sama seperti saya, saya kemurungan dan asyik termenung sehinggakan tidak sedar apa yang saya lakukan.
Nak dijadikan cerita, saya ke bilik air untuk mandi. And tiba tiba mata saya terpaku asyik melihat air di dalam baldi. Otak dan fikiran saya seakan-akan menyuruh saya untuk selamkan muka di dalam baldi. Tanpa saya sedar, saya lakukan benda itu. Saya tak pasti berapa lama saya selamkan muka dalam baldi sampai saya sedar and saya susah nak bernafas kerana kepala saya berada di dalam baldi tersebut. Tiba-tiba saya perasan yang itu adalah baldi dan cepat cepat angkat kepala saya dari baldi itu. Jujur saya cakap, jantung saya berdetak laju seakan akan mahu keluar dari akarnya. Astaghfirullahalazim! Apa yang saya buat ni.
Sebab itu saya cakap, orang yang mengalami depression ni boleh membawa kepada maut kerana mereka boleh melakukan sesuatu tanpa mereka sedar. Tapi saya merahsiakan hal ini dari keluarga. Saya taknak mereka risau akan diri saya. Saya baik-baik saja ;)
Saya tak tahu apa yang saya harus lakukan lagi. Saya buntu. Dalam masa yang sama saya cuba untuk control diri saya, dan cuba dekatkan diri dengan Allah SWT. Saya tak nak rasa dan hidup macam ni, jiwa saya sakit dan semakin sakit.
Saya cuba untuk meluahkan apa yang saya rasa, tapi saya tak mampu. Saya tak tahu macam mana cara untuk saya meluahkan rasa itu. Kakak saya cakap, saya perlu jumpa dengan doktor ftf. Saya berfikir itu mungkin jalan yang terbaik untuk diri saya.
Ini adalah serba sedikit cerita dan pengalaman semasa depression. Sakit yang amat sangat! Saya berharap kalau awak semua ada kawan yang mengalami depression TOLONG, TOLONG, TOLONG! Jangan jatuhkan semangat mereka, jangan cakap KAU NI TAK INGAT TUHAN KE? Jangan cakap dia itu ini, awak tak rasa pun apa dia rasa. Tak perlu nak cakap bukan bukan. Orang yang depression ni BUKAN NYA NAK ATTENTION PUN! Tapi mereka memang memerlukan benda tu. Awak semua yang kena bagi nasihat, bagi dia semangat baru. Bukan nya jatuhkan dia. Semoga sesiapa yang memandang rendah akan orang yang mengalami DERPRESSION ni boleh amik iktibar dari apa yang saya ceritakan. Kalau tak nak kehilangan orang yang awak semua sayang lahππ»
Setakat ini sahaja lembaran kita pada kali ini, sehingga berjumpa lagi!
Untuk sesiapa yang depression KEEP FIGHTING! AWAK SEMUA BOLEH HADAPI UJIAN NI!
Comments
Post a Comment