MAKANAN DAN MINUMAN TOP DI THAILAND

MAKANAN DAN MINUMAN YANG WAJIB KORANG TRY DEKAT THAILAND!

Hai, guys! Welcome back to my blog๐Ÿ˜ Thanks sebab singgah! Harini saya nak share something yang best tau! Eh.. Aaa alhamdulillah saya dah okey sikit sekarang. Cuma perlukan sokongan awak semua lah. Kadang saya okey kadang tak. Orang cakap slow slow la kan sebab depression susah nak sembuh. Saya sekarang tengah cari diri saya lagi. Belum sihat sepenuhnya. Haa, tak payah buang masa so jom kita tengok apa yang wajib korang makan sepanjang berada dekat Thailand๐Ÿ˜

1. Nasi Khau Mok / Nasi Komok



Gambar: Google

Nasi Khau Mok ni obviously macam nasi minyak kan. Saya boleh katakan yes, nasi minyak version Thai. Mungkin rempah je la yang tak sama. Tapi! Kalau tak makan dengan sambal dia tu memang tak lengkap. Wajib makan dengan sambal. Makan pulak panas-panas pastu gigit timun pulak fuhh sedap sangat guys! Terangkat๐Ÿ˜

2. Kaeng Som / Asam pedas Thai


Gambar: Google

Fuhh! Sedapnya๐Ÿ˜ Tengok gambar pun dah menyelerakan apatah lagi kalau makan bersama keluarga tercinta kan! Siapa je yang tak suka Kaeng Som a.k.a Asam pedas ni kan. Memang menjilat jari lah citer dia. Yang tertanya tanya kenapa asam pedas Kelantan bukan warna merah, haa ini lah jawapan nya. Kelantan kan jiran dengan Thailand. So kalau buat asam pedas pun memang gini lah rupa dia. Mungkin berbeza dari segi rasa dia. Itu sahaja. Thailand kan makan pedas. 



Gambar: Google

Tengok tu dengan kuah asam pedas yang melazatkan memang rasa nak tambah je nasi ni ha. Kalau awak semua nak tahu, dekat Narathiwat waktu pagi dorang akan hidangkan lauk Kaeng Som ni untuk sarapan pagi. Jangan terkejut! Sama jugak mindset korang yang kat Kelantan mostly makan nasi kan, so kat sini pun makan makanan yang berat jugak. Bermacam jenis lauk pauk yang dihidangkan oleh penjual dekat sini. Yang paling penting, murah je! 20baht only untuk nasi dengan lauk macam ni. Kau ghasee? Hahahah.

3. Pulut Ayam Thai


Gambar: Google

Pulut ayam memang menjadi pilihan setiap kali datang Thailand. Sedap dia Masya Allah. Awak semua pulak yang akan rasa lepas ni. So yang mana belum cuba lagi pulut ayam Thai ni wajib cuba. Nak buat kat rumah pun boleh. Tak ada masalah pun cuma bila makan dekat Thailand rasa dia macam woww sedapnyaa! Haa gitewww๐Ÿ˜ Ayam dia rangup beb! Pulut dia pun sedap makan dengan bawang goreng. I give 7/10 ๐Ÿ‘Œ๐Ÿป

4. Tom Yum Thai


Gambar: Google

Tom Yum? Sure? Macam malas nak cerita pulak ๐Ÿ˜‚ Ye lah sebab semua orang pun tahu Tom Yum Thai ni sedap. Cuba la pergi kat mana mana tak kira lah Thailand ke atau Malaysia, memang ada Tom Yum Thai ni! Tipulah kalau tak pernah order Tom Yum kat kedai makan kan ๐Ÿ˜ Makan pulak dengan nasi panas dan telur dadar ๐Ÿ˜ Aish memang mengasyikkan. Masam-masam pedas pulak tu!


Gambar: Google

Tom Yum ada banyak jenis. Bukan satu jenis je! Awak semua suka Tom Yum putih ke Tom Yum yang merah dan pedas ni? Kalau sis suka TomYum merah. Kalau makan Tom Yum putih macam aish takleh la kena makan yang merah jugak ๐Ÿ˜‚ Sebab sedap sangat. Tom Yum Thai ada dua jenis yang pertama yang pekat, yang kedua yang cair sikit warna dia. Tapi dua-dua rasa superb! Padu habis beb๐Ÿ˜

5. Kaeng Kiaw Wan / Kari Hijau


Gambar: Google

Haa, korang pernah makan tak kari hijau? Saya datang sini je makan kari hijau ni. Kalau kat Malaysia tak pun sebab tak pernah tahu wujudnya Kari Hijau ni. Kari Hijau ni selalunya ayam la. Saya tak pernah lagi makan yang daging punya ๐Ÿ˜— Mungkin sama macam daging salai kot kalau ada. 


Gambar: Google

Mesti terfikir kan "Sedap ke ni?" Saya pun macam awak semua jugak. Ada experience macam tu. Macam tak yakin yang benda tu sedap. Kaeng Kiaw Wan ni boleh dimakan dengan nasi dan juga Laksa Thai yang halus tu. First time pekena tak makan dengan nasi pun. Tapi saya makan dengan laksa. Mula-mula makan tu terkesima jap sebab sedap sangat ๐Ÿ˜ญ Rasa lemak-lemak manis dia punya kari. Dekat dalam masakan ni ada daun kari sebab tu nama dia Kari Hijau @ Kaeng Kiaw Wan. Ada terung manggung (terung kecil) ada ayam ofc, ada rebung, cili hijau. Memang sedap tak terkata. You all semua patut dan wajib cuba!

6. Somtam 



Gambar: Google

Somtam ni adalah makanan yang sihat tau! Jangan pandang sebelah mata. Ada sayur, ada buah, ada kekacang, Korang kalau beli Somtam mesti Somtam betik je kan? Haa kalau lepas PKP and dah boleh fly korang datang Thailand, jangan lupa beli Somtam sebab Somtam ni ada banyak jenis rupanya ๐Ÿ˜ญ I am keraiiii tho duduk Thai makanan semua sedap sedap ๐Ÿ˜ญ Kalau dekat Kelantan masa bulan Ramadhan tak sah kalau tak beli Somtam sebab nak makan lepas tarawih. Yela dah penat puasa, tak makan and rasa loya kan kalau yang penat-penat buat kerja tu. Memang nak makan benda-benda yang masam je.

Somtam yang saya maksudkan adalah... Somtam buah! Pernah makan tak? Mesti ada yang tak pernah kan sebab saya pun belum makan lagi๐Ÿ˜‚ Hati ni nak betik je ๐Ÿ˜‚ Taknak beralih selera daripada betik ke buah lain. Ye memang la betik tu pun buah. Tapi yang ni Somtam Buah Campuran. Boleh tengok gambar di bawah.



Gambar: Google

Haa, ini lah yang saya maksudkan tu. Ada buah epal, nanas, anggur, jambu batu, dll lagi. Nampak macam sedap kan ๐Ÿ˜ Saya tengah taip ni pun terliur macam mana ni๐Ÿ˜ญ Help me! 

Selain itu, ada juga Somtam Jagung. Haa? Serious lah weh somtam jagung pun ada ๐Ÿ˜ณ 


Gambar: Google

Somtam jagung ni pun sedap jugak, dengan rasa gabungan jagung yang manis dan juga rasa cuka yang masam tu. Ditambah dengan pedas lagi. Kalau saya order, saya order extra pedas. Baru lah puas ๐Ÿ˜‚



Gambar: Google 

Haa ini pulak bukan Somtam biasa. Bukan Somtam betik, tapi Somtam Mangga๐Ÿ˜ Say hooray untuk yang suka mangga muda๐Ÿ‘๐Ÿป Saya pun suka jugak! Memang mantap rasa dia masam masam manis. Wajib try tau!

7. Mee/Bihun/Kuey Tiaw CELUP



Gambar: Google

Satu-satunya makanan yang boleh buat saya ketagih. Bukan setakat dekat Kelantan boleh dapat benda ni, dekat Thailand berlambak! Sebab yang asalnya benda ni memang dari Thailand pun. Kalau makan hari hari pun takpe sebab tak muak. Sedap sangat. Ada certain tempat yang mungkin tak kena dengan selera kita, tapi kalau kat Thailand even ada kedai yang rasa dia tak sama, tetap sedap ๐Ÿ˜ญ Korang pernah makan Boat Noodle tak? Kedai Boat Noodle tu konsep dia Ala-ala Thai kan kalau korang perasan and yes mungkin dekat sini mee celup memang famous. Sebabtu adanya Boat Noodle. Even mee dia tak sama tapi konsep dia sama. Untuk siapa siapa yang pernah makan Boat Noodle dan mee celup ori akan dapat beza la macam mana. Ini cuma pendapat saya sahaja.





Kalau saya makan celup-celup ni saya akan pilih Kuey Tiaw berbanding mee/bihun sebab saya tak suka sangat makan mee yang ada kuah. Kalau mee goreng basah tu saya suka la ๐Ÿ˜— memang tak kan tolak. Benda ni sedap kalau makan pedas tau! Kalau tak pedas tu tak feel la ๐Ÿ˜‚ Dengan kuah sup yang sedap memang perghhh rasa dia! Kalau awak semua makan dekat kedai, awak semua akan nampak bahan-bahan tambahan yang disediakan di atas meja makan seperti gula, garam, sambal, chili flakes, cili jeruk, dan juga cili kering yang ditumis. Macam-macam ada. So nanti bila mee kita dah sampai, kita boleh tambah bahan-bahan tersebut mengikut citarasa kita nak pedas tahap mana, nak manis banyak ke sikit ke terpulang la. Tapi! sebelum tu kena rasa dulu kuah dia. Kang awak pergi tambah semua jadi tak sedap pulak. Biasanya saya akan tambah cili sahaja. Gula garam tak tambah pun sebab bagi saya dah sedap dah. Siap dengan tips makan saya bagi ha๐Ÿ˜‚ 

8. Mee/Kuey Tiaw/Bihun CHAMBO



Gambar: Google

Eh? Apa pulak Chambo ni kan? Tadi mee celup, sekarang mee chambo pulak? Mee Chambo ni erti kata lain dia macam Mee ada meatball dan sosej lah. Sedap yes sedap sangat macam mee celup je tapi yang ni ada meatball dan juga sosej campur (ayam, udang, ketam, fishball) 


Gambar: Google

Sedap bukan? Makan dengan kuah dia yang panas, memang sedap tak terkata. Yang ada dekat Kelantan atau traveller yang nak pergi dekat Kelantan saya sarankan pergi ke Kampung Morat(Tumpat), Pengkalan Kubor (Free duty kawasan bebas cukai) yang dua tempat ni berdekatan kampung nenek saya, memang sedap sangat guys! Kedai tu banyak so you all boleh singgah je mana mana kedai yang ada Mee Chambo ni. 

9. Yum Mama/Kerabu Maggi


Gambar: Google

Hello Hello? Pencinta kerabu di sini? Siapa suka kerabu angkat tangannya di atas๐Ÿ‘€ Tettetetetetet๐Ÿ˜— Hmm okey.. Krikk krikk.. Hahahaha. Kerabu maggi ni haish semua yang saya cerita dari atas sampai bawah semua benda yang pedas ye laa Thailand kan makan pedas. Kerabu maggi ni ramai yang dah tahu sebab benda ni wujud dah berzaman pun even masa saya unur 7-8 tahun pun dah ada benda ni. Kerabu maggi ni selalunya dicampur dengan sosej jugak macam mee chambo tadi tapi ni versi kerabu. Rasa dia masam masnis pedas. Lengkap sangat rasa yang purrfect orang cakap. 


Gambar: Google

Korang nak tahu? Kerabu maggi ni senang je cara buat dia. Korang pun boleh buat dekat rumah. Yela time-time takleh travel ni boleh la luangkan masa dengan family. Buat banyak-banyak makan ramai-ramai. Best jugak kan!

10. Khao Niew Ma Muang/ Pulut Mangga


Gambar: Google

Makanan tradisional kat sini memang sedap-sedap tak lekang di mulut ni asyik nak cakap sedap je takde yang tak sedap. Tak hairan la di Malaysia, makanan Thai menjadi pilihan. Pulut mangga Thai didatangkan dengan buah mangga yang masak dan manis, pulut yang lembut dan juga sedikit santan sebagai pengimbang rasa lemak dan manis. Sedap dimakan pada waktu tengahari. Tengah panas terik matahari, pekena pulak pulut mangga dengan air sejuk. Fuhh! Nikmat bethull ye gaizz๐Ÿ˜

11. Miang Pla Pao



Sekarang ni menu Miang Pla Pao dah banyak dekat Malaysia. Sejak tahun bila tah saya lupa, Miang Pla Pao ni jadi trend masyarakat kita sekarang. Memang famous jugak benda ni. Padahal ikan goreng je kan ๐Ÿ˜‚ Miang Pla Pao ini seperti yang anda nampak ianya didatangkan dengan Ikan merah/ Ikan lain bersama bihun dan juga sos. Cara makan dia kita balut ikan dan juga bihun di dalam daun salad kemudian kita celup dalam sos. Padu rasa dia. Sos pulak ada dua jenis, sama ada sos Thai ataupun sos seafood. Kedua-duanya sedap. 

12. Miang Kham


Gambar: Google

Miang Kham ni dah berkurun lama. Memang makanan tradisional rakyat Thai. Tapi sumpahlaaaa sedap gila๐Ÿ˜ Korang tengok mesti macam "Nak makan macam mana ni๐Ÿ˜‚" Saya pun tak tahu actually, nenek saya yang ajar. Cara makan dia ambik daun kadok tu, and korang letak semua benda tu sekali dengan sos kicap dia yang pedas tu then korang wrap dia. Amemang terbhoekkk ๐ŸคŸ๐Ÿป So ni pun makanan wajib  korang makan jugak. Cara makan dia macam ni ha 



Ini lah cara makan Miang Kham. Tak perlu masak pun. Makan macam tu je. Rasa dia pedas and hmm tak reti nak cakap rasa dia. Sedap tu memang sedap tapi nak cakap masam tu tak sangat. Tapi sedap tau๐Ÿ˜— Ada daun kadok, ada asam limau, ada kelapa yang dah di sangai. ada kacang, ada bawang raw, ada udang kering, ada halia, ada cili haa tu je laa. Sedap tau!

13. Phad Kra Pao



Hey bujangnians๐Ÿ˜ Makanan ni senang nak buat tau! Boleh la buat kat rumah nanti. Phad Kra Pao ni adalah nasi bersama ayam yang di blend kasar dan ditumis dengan bawang dan kicap. Haa! makan ni dengan nasi penas memang sedap, kalau ada yang kacau tu memang tak senang duduk. Kena makan dengan feel. Sedap sangat gaizz kena cuba kalau datang Thai. 

14. Khai Dao / Kerabu Telur Goreng


Gambar: Google 

Telur je pun nak bagitahu ke? Saya baru tahu benda simple ni sedap ๐Ÿ™Š Rasa dia masam masam manis jugak. Telur ni digoreng kemudian dicampurkan dengan cuka, cili, daun kucai, daun sup, bawang merah. Gaulkan semuanya sampai sebati. Siap deh! Bentar aja mau bikinnya๐Ÿ˜ Gula garam jangan lupa! Haa siap resepi wak saya bagi ๐Ÿ˜‚

15. Sosej 


Gambar: Google

Nak tutup mata boleh? Saya suka sangat makan bendalah ni. Lagi lagi kalau kat Thailand then masa tengah jalan tu lapar lak tetiba dapat pulak sosej bakar macam ni. Sedap weh! Gentle! Siapa je yang taksuka kan. Pstt! Nak bagitau jugak tak kira. Harga keropok lekor yang cucuk 4 cucuk 10baht je (RM1) kalau sosej macam ni 3baht ke 5baht je satu cucuk! Memang murah gila. Tapi.. Beware eh! Kena tengok penjual gak. Kalau bawah area Bangkok seperti Narathiwat, Takbai, masih ada melayu yang jual kalau you all nak beli benda ni kat Bangkok awak semua kena tengok betul betul la yang jual tu siapa, atau ramai malay tak makan dekat situ. Kalau pergi dengan tourist guide diorang boleh bantu suggestkan tempat halal kalau pergi sendiri you all kena hati hati sikit okey. 


Gambar: Google
Kat Thailand ni memang dunia sosej lah. Banyak sangat jenis ada isi ketam, ada isi udang, ada yang keladi, telur, cheese, sotong, macam macam la ada sosej angry bird pun ada! Dahsyat dahsyat๐Ÿ˜‚ Tapi tak pernah pulak rasa. Tengok tekstur dia macam ayam.
Aishhh sedapnyaaa!!! Nak makan sekarang jugak!! Addicted bethull ๐Ÿ™Š

16. Khanom Bueang/Thai Crispy Pancake


Gambar: Google

Khanom Bueang ni adalah crispy pancake, bagi sesiapa yang pernah makan crepe tu haa rasa dia sama. Dia punya rangup tu lain maciamm๐Ÿ™Š Khanom Bueang ni boleh dikategorikan sebagai "Dessert" la. Nampak tak yang berambu ramba warna kuning dan oren dekat atas tu? Itu bukan sahaja topping nak bagi nampak cantik, tapi itu lah yang membuatkan crispy pancake ni ada "rasa". Yang oren tu rasa dia masin, dan yang kuning tu rasa dia manis. Kalau saya, saya suka yang kuning sebab bagi saya kuning lagi sedap dari oren. Tapi terpulang la, semua orang ada citarasa tersendiri. Ada yang suka masin, ada yang suka manis. Tapi benda alah ni memang sedap makan time tengah borak-borak dengan family. Really recommended.

17. Khanom Krok/ Thai Coconut Pancake


Gambar: Google

Nama hampir sama dengan crepe tadi kan? Rupa dia kecik sama macam Khanom Bueang tapi tak sama dari segi tekstur dia. Kalau tadi rangup, ha sekarang ni lembut. Serious lembut. Kira macam santan dengan tepung haa senang cakap macam kuih tradisional kita lah iaitu tak lain tak bukan Kuih Cara. Cuma lenbut sikit dari kuih Cara. Tapi rasa dia hampir sama dengan Kuih Cara Berlauk. Sedap lah cerita dia gila tak sedap. Kalau tak tahu nak beli apa, try beli Khanom Krok ni. Nak cakap kenyang tu tak lah tapi boleh dijadikan sebagai alas perut. 

Gambar: Google

Khanom Krok ni seperti yang kita nampak dekat atas dia ada macam sayur kan? Itu adalah daun bawang kalau tak silap saya. Dan ada jugak yang letak jagung. Rasa dia manis manis lemak gittew๐Ÿ˜ 

18. Chai Yen/ Teh ais 


Gambar: Google

Siapa je yang tak tahu yang teh ais dekat Thailand ni sedap, pekat, likat ๐Ÿ˜ Memang padu rasa dia. Gak bo'ong ๐ŸคŸ๐Ÿป Memang piyor lah orang cakap. Kalau makan dekat certain kedai tak pekat pun. Macam biasa-biasa je. Try la pekena Chai Yen dekat Thailand ๐Ÿ˜ Konpem tidur tak lena sebab teringat air yang sedap ni ๐Ÿ˜

19. Green Tea


Gambar: Google

Tengok pun dah tahu sedap. Green Tea ni tak kalah dengan Chai Yen tadi. Kedua-duanya mempunyai rasa yang Authentic dan digemari ramai. Tidak hairan lah ramai yang suka. Kalau tanya saya, saya akan pilih Green Tea sebab saya memang suka Green Tea. Rasa dan bau dia tu unik sangat membuatkan saya tertarik apabila melihatnya. Acewahh! Macam tengok kumbang je ๐Ÿ˜ Macam boring kan sebab dah tahu kedua-dua air ni sedap. Okey, move on!

20. Sirap Bandung Ros 


Gambar: Google

Sirap bandung bukan sekadar sirap eh! Yang awak minum tu kat mana? Saya cakap pasal Thailand tau๐Ÿ˜ Memang rasa air kat sini padu-padu. Tak tahu la apa yang mereka letak sampai air pun boleh sedap. Tapi yang penting bukan kisah cinta kita lah ๐Ÿ˜ Minum waktu panas ni uh sejuk tekak you all!

21. Chocolate Ais 


Gambar: Google

Ha! Tengok apa tuww๐Ÿ™Š Ramai jugak yang tak tahu air coklat dekat Thailand ni sedap dan pekat๐Ÿ˜— Kan dah cakap tadi dorang kalau bab makanan dan minuman memang terror lah. Air coklat dia memang kaw! Saya pernah rasa eh bukan setakat pernah. Asal keluar je beli. Sebab kampung kita kan kat Thailand. Huhuhu ๐ŸคŸ๐ŸปSo untuk yang dah bosan beli Chai Yen dengan Green Tea boleh la beli air coklat pulak lepasni.

22. Nestea: Mixed Berry Soda


Gambar: Google

Orang tak viralkan benda ni. Tapi ish! Saya nak viralkan jugak ๐ŸคŸ๐Ÿป Kenapa perlu try dan wajib try Nestea Mix Berry ni? Sebab sedap beb!! Cara minum air ni dengan air soda tau. Gila kan? Air teh minum dengan soda. Pernah minum ke? Tak pernah dibuat orang saya rasa. Yang rasa loya atau pening kepala naik kereta atau naik bot, order lah air ni. Hilang la pening-pening tu sebab rasa dia masam-masam manis. Sedap sangat ๐Ÿ˜ญ A must try okiee!

Ahh penatnya taip macam 44 hari 44 malam tau, padahal dua hari je menaip. Macam sikit je kan? Tapi kalau takde masa, bukan setakat dua hari tapi boleh drag sampai 3-4 hari. Hahhaah. So setakat ini sahajalah cerita kita pada kali ni. Keep update dekat blog saya sebab banyak benda lagi saya nak share! 

Thanks untuk masa anda! I love you guys!

- Munirah Zee
















Comments

  1. Huu sdp2 ya mknn dkt sana but the most i like ialah you kot hahaha okey lari jwpn๐Ÿ˜‚yg paling suka ialah green tea n coklat ais tu lah huuu lg2 tgh panas tu๐Ÿ˜Œ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahhaha, nanti kalau datang Thailand boleh la makan sedap sedap!

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

R'FY 4: RESEPI SAMBAL GEPREK

R'FY 3: RESEPI AYAM GEPREK INDONESIA

CORONAVIRUS TAKE OVER HIM