R'FY 3: RESEPI AYAM GEPREK INDONESIA

Hai korang! Kembali lagi kita dalam slot Recipe For You (R'FY) ๐Ÿ˜ 

           Sumber gambar: Google               


Kalau korang nak tahu ayam geprek ni asalnya daripada negara jiran kita iaitu Indonesia. Makanan ni viral sangat dekat Yogyakarta.  Tak perlu kita lengahkan masa, so apa tunggu lagi? Jom kita tengok bahan-bahan nya ๐Ÿ˜˜ 

Bahan perapan ayam:-
Ayam (2-3 orang makan)
3 ulas bawang putih (dicincang)
1 sudu kecil garam

Telur 2/3 biji
Tepung (apa apa brand)

Bahan sambal geprek:-
15 hingga 20 biji cili padi merah 
               (ikut level kepedasan masing masing) 
                pedas biasa 5-10 biji sahaja
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji tomato
Garam dan gula secukup rasa
Add : perasa (knorr/kiub ayam) jika suka

Cara penyediaan:-

1. Bersihkan ayam 

2. Perapkan ayam dengan bahan perapan tadi selama 15 minit sebelum salut ayam dengan tepung.

3. Sediakan bahan salutan ayam seperti telur dan tepung. 

4. Apabila ayam sudah selesai diperap, celupkan ayam ke dalam telur terlebih dahulu supaya tepung melekat dengan sempurna pada ayam.

5. Seterusnya, salutkan ayam dengan tepung (ikut kesesuaian, kalau rasa tepung kurang melekat boleh buat double coating)

6. Panaskan minyak untuk menggoreng. 

7. Setelah minyak panas, baru kita masukkan ayam dan goreng sehingga menjadi perang keemasan. Angkat dan toskan.
8. Seterusnya, bersihkan bahan seperti cili padi, bawang merah, bawang putih dan tomato kemudian lap supaya tidak merecik semasa menggoreng. Setelah itu barulah kita goreng bahan tadi sehingga naik aroma. Angkat dan toskan.

9. Tumbuk kasar bahan-bahan sambal yang dah siap digoreng dan jangan lupa tambahkan garam, gula serta sedikit perasa (kiub ayam pun boleh)

10. Letakkan sambal tadi di atas ayam goreng dan gesekkan pada ayam supaya sambal meresap dalam ayam tadi. Tapi jangan pula sampai hancur ayam tu๐Ÿ™Š

SIAPP!! senang je kan? Jum lah kita MEMASAK!! ๐Ÿ’ƒ๐Ÿป๐Ÿ’ƒ๐Ÿป

Comments

  1. Hey, this is a great post, so clear and easy to understand. All your hard work is much appreciated.
    pba malaysia
    fire contractor malaysia
    sprinkler system malaysia

    ReplyDelete
  2. Great post. Looking forward to reading more. Thanks for taking the time to write this.
    data backup
    disaster recovery
    cloud backup service malaysia

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

R'FY 4: RESEPI SAMBAL GEPREK

CORONAVIRUS TAKE OVER HIM